Nuffnang

Friday, May 25, 2012

Kuih Cara Xpress @ Perantauan

Kuih Cara ni ada dua jenis..satu inti gula dan satu lagi inti lauk..kebetulan kawan saya jemput dinner di rumah nya hari ini...jadi untuk tidak datang dengan tangan kosong..saya pun bancuh tepung untuk buat kuih Cara..untuk buat kuih ini sangat mudah, cuma nak memasaknya agak lama memandangkan acuannya cuma boleh bakar 6 biji dalam satu2 masa...Melihatkan sambal daging yang dikirim oleh mak masih banyak, saya pun ubahsuai inti nya dengan menggantikan inti daging kepada sambal daging...sebab nak express..

Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
2 biji cili merah dipotong halus
sambal daging

Cara:

1. Campurkan tepung gandum, air, santan, telur, serbuk kunyit dan garam. Blend hingga tepung tidak berketul.
2. Panaskan acuan dan sapukan miyak pada setiap acuan.
3. Masukkan bancuhan tepung, masukkan inti sambal daging dan cili merah ditengah. Masak hingga kekuningan.
4. Ulang hingga bancuhan habis.


Tuesday, May 15, 2012

Udang Butter Daun Kari @ Perantauan

Bila duduk lama kat negara orang ni, mula lah nak makan macam2..tengok dalam peti ais ada udang (frozen punya) takkan asyik nak goreng kunyit biasa je..So dengan menggunakan imiginasi perut yang sedang lapar, cuba la masak lain sikit nak bagi lebih Ummm...

Bahan:

500 gm udang besar dipotong belakang
2 ulas bawang putih dipotong dadu
3 sudu besar butter
2 sudu kecil serbuk kari
2 tangkai daun kari
sedikit cili padi
setengah cawan susu segar
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Goreng udang (deep fry) hingga merah. Ketepikan.
2. Panaskan butter. Goreng bawang putih hingga naik bau, masukkan serbuk kari, daun kari, cili padi dan susu.
3. Rasakan dengan garam dan gula. Masukkan udang dan gaul hingga kuah rata kesemua udang.





Kuah Percik @ Perantauan

Kuah Percik ni style Kelantan sebab kuah putih. Kalau Terengganu orang kata ada warna merah sikit sebab dia letak cili...boleh je yang mana2 asal sedap..

Bahan:

4 ulas bawang merah/ sebiji bawang besar
1 inci halia
satu tin santan pekat
satu sudu jintan manis
2 batang serai (satu blend sekali ngan bawang, satu lagi ketuk)
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Cara:

1. Blend bawang merah, halia dan serai.
2. Goreng bahan blend hingga naik bau dan masukkan santan, jintan manis, air asam jawa dan serai ketuk.
3. Biarkan sampai mendidih. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biasanya orang Kelantan suka manis2 sikit.
4. Kacau ikut kepekatan kuah yang diingini.
5. Siap untuk dihidangkan bersama ayam bakar @ perantauan.

Nota: Kalau nak ayam rasa percik, bila ayam separuh masak, salut ayam dengan kuah percik dan bakar hingga masak.

Tuesday, May 8, 2012

Ayam Bakar @ Perantauan

Dah lama betul tak update masakan. Asyik lupa nak amik gambar, lepas dah kenyang baru teringat..heheh...

Bila weekend mmg terasa nak makan yang sedap2..bukak la website resepi dan tertengoklah resepi ayam percik..So apalagi...bahan2 semua dah ada...masuk dapur dan mula kan...kat bawah saya post resepi ayam bakar dulu ye...











Bahan:

1 ekor ayam
1 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
2 batang serai dipotong kecil *
sedikit jintan manis/jintan kasar *
garam
gula

Cara:

1. Basuh ayam dan potong kecil
2. Blend semua bahan * dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Perap 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap sebab bahan akan meresap masuk dalam ayam.
4. Bakar ayam dalam 30 minit sampai keperangan. Jangan lupa balik-balikkan dan renjis2 dengan baki bahan perap supaya ayam tak kering.

Friday, March 16, 2012

Agar-agar Santan

Bahan-bahan:


Satu paket agar-agar
Air - sampai agar-agar tenggelam
Gula pasir secukup rasa
Pati daun pandan/pewarna
1 tin santan pekat
2 biji telur/esen vanilla - optional


Cara:


1. Basuh agar2 dan masak dengan air hingga hancur.
2. Lepas agar-agar hancur baru masukkan gula, pewarna atau pati daun pandan dan biar sehingga mengelegak. p/s: Kalau tak tunggu agar-agar hancur sebelum letak gula, nanti agar-agarnya lambat hancur dan tak cantik.
3. Masukkan santan, telur/esen vanilla dan tunggu hingga menggelegak. Kacau. 
4. Bila kandungan dah mengelegak naik tutup api.
5. Letak dalam acuan dan biarkan sejuk. p/s: Acuan dibasahkan terlebih dahulu bagi memudahkan agar-agar dikeluarkan selepas sejuk.


Note: First time buat untuk dibawa ke Circle Keluarga Soton. Anak-anak suka betul sebab dah lama tak makan agar-agar sejak merantau. Nak bagi meriah, agar-agar tu dibuat dua warna, merah dan hijau. Lupa plak nak ambil gambar. Next time.

Puding Yorkshire Daging















Bahan-bahan:

Acuan Puding Yorkshire
1/2 kilo Daging Cincang (untuk 30 pc)
Grated Cheese atau Cheese Keping dipotong 4
Sos Cili (untuk perap daging)
Sos Tomato (untuk perap daging)
Kicap (untuk perap daging)
Lada Sulah (untuk perap daging)
Kentang dipotong dadu kecil (optional)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara:

1. Perap daging dengan bahan perap termasuk gula garam dan kentang dadu 30 minit atau lebih.
2. Goreng daging yang telah diperap hingga kering/masak.
3. Masukkan daging ke dalam acuan Puding Yorkshire dan lapiskan dengan cheese.
4. Bakar lebih kurang 10 minit.
5. Siap untuk dimakan bersama nescafe atau kopi panas.

Note: Cubaan kali pertama untuk buat setelah balik dari rumah rakan di Cardiff pada cuti sekolah Februari 2012 yang telah menjamu kami dengan Yorkshire Pudding yang sangat sedap. Terima kasih untuk resepi yang sedap dan terima kasih kerana sudi melayan kedatangan kami.